Friday, January 2, 2009

Perjalanan Waktu Pagi

Waktu melewati waktu
Mengharap hujan membasuh bingkai kenangan
Kerana aku tidak akan menyapunya dengan air mata
Samar-samar
Nafas menjadi dingin membeku
Menjemput hidup

Wahai wanita
Bila kau sentuh hatiku
Jangalah dengan lembut jemarimu
Atau bisik rinduan
cuma
Berikan aku waktu
Yang kau ajarkan aku
Bisa mencatat
Bisa mengerti
Kerana aku akan menjenguk hatimu
Menikmati bahasa dan suara hayat
Kerana aku lelaki

Bila musim melewati musim
Dirimu tetap menemani perjalananku
Menyapunya dengan air mata setiap pagi

2 comments:

AragangTandik said...

Cantek - awas nanti si Awang guna mengayat sumandak.

Little Mike (LM) said...

hehe...

bahasa si awang lebih berbunga daripada sajak2 ini...

:)

web counter code PELAWAT BUDIMAN