Sunday, January 11, 2009

Tangisan Gaza

Gaza
Engkau mengumpul ratap
Tangis murung
Di antara reruntuh dan malam sunyi
Duka dan luka
Berzaman dirobek kacau bilau peradaban
Medanmu menjadi saksi
Kematian

Gaza
Engkau mengenggam darah
Peluru Zionis bagai pesta bunga api
Semarak kesumat yang mati rasa
Jasad kaku bagai santapan
Untuk semua rasa dendam
Menghampar kebencian rasa
Menjadi api
Di hujung ideologi tanpa belas kasihan

Gaza
Engkau mengumpul jasad
Air mata menjadi hujan resah
Mendung di langit rasa seorang ibu
Menadah tangan memanjat remuk hati
Ke gerbang syurgawi
Sebelum habis ucap syukurnya
Itupun tersembam ke bumi
Di sisi perbaringan anak kesayangan
Sejak petang semalam terhenti nadinya
Digerenyang debu
Serpihan dentum gempita
Dan kawah durjana itu
Telah meranapkan ruang teduh
Menjadi medan lapang

Kematian menyongsong kematian
Para bapa silih berduka dalam dakapan teman-teman
Ratap berganti jerit tangis keluh dan keluhan
Menjadi api, darah dan air mata
Jejak Zionis di bumi Palestin
Dilaungkan atas nama kepentingan
Tetapi mereka menabur darah hanyir
Dari terbit matahari
Sehingga hilangnya bulan sebelum fajar

Bumiku perlu bersatu
Kekang pesta LAKNAT ini
Luka pedih Palestin
Dan tangisan Gaza
Kita tidak pernah tahu
Siapakah yang dapat membezakan
Air mata mereka yang tumpah di bumi lahir
Di antara geremis sendu
Renyai ratapan
Dan hujan peluru

SUKMA JASA
12 Jan 2009
Kuala Lumpur

4 comments:

Om Yus said...

best... !!! hm, setahu saya antara penyebab utama bunuh membunuh sejak mula sejarah manusia hingga hari ini ialah: No.1: Agama, No.2: Diskriminasi Bangsa. Gila.... sebab itu saya suka lagu john lennon IMAGINE.

Little Mike (LM) said...

$ifu..

mmg best lagu john lennon IMAGINE.. Dunia utophia. tapi satu ja masalah lagu tu, bersifat tidak percaya Tuhan...

Saya setuju sebab2 yg Sifu bagi tu.. masalah tiada persefahaman agama dan diskriminasi termasuk tidak ada perasaan hormat sesama bangsa...

Anonymous said...

sedih gler!!!bg sye la kn,ni slh 1 sajak yg plg sedih sye pnh bce...

Little Mike (LM) said...

anonymous,

terima kasih kongsi rasa terhadap puisi ini... sangat menghargai kunjungan anda... :)

terima kasih kerana meluangkan masa...

web counter code PELAWAT BUDIMAN